About Me

My photo
"Hanya seorang musafir muda yang mengembara di bumiNya dalam mencari Cinta Yang Hakiki"

Wednesday, May 23, 2012

Seorang Wanita & Sekeping Hati

Bila berbicara soal hati dan wanita,
hati seorang wanita itu terlalu halus sifatnya,
hatinya mudah terhiris, mudah terluka
biarpun hanya dengan sekadar satu kata.
Hati seorang wanita itu terlalu sarat dengan kasih, sayang dan cinta,
hatinya mudah cemburu, hatinya mudah rajuk
lantaran rasa kasih yang mendalam yang menjadi hamparan hatinya.
Hati wanita itu sangat lembut,
andai terluka, lukanya lambat sembuh,
andai sembuh, parut luka itu tetap ada
sakitnya kelukaan hati itu akan dikenang sampai bila-bila.
Seorang wanita itu,
biarpun luarannya seteguh karang,
hatinya tetap lembut dan rapuh
Seorang wanita itu,
biarpun bibirnya sentiasa mengukir senyum,
lidahnya petah berbicara,
namun di matanya ada sendu,
dalam hatinya ada kesedihan dan kelukaan yang terpendam.
Seorang wanita itu,
teman setianya adalah airmata
dikala sedih, di kala gembira mahupun di saat terluka
Seorang wanita itu
adakalanya sukar untuk menyatakan apa yang dirasakan,
dia hanya betah mengukir senyuman
namun,
renunglah ke dalam matanya,
di situ ada jawapan di sebaliik senyumannya
yang menceritakan rasa hatinya yang paling dalam.
Seorang wanita itu,
takkan dapat lari dari sikap manjanya,
takkan dapat menyembunyikan sifat keanak-anakannya,
biarpun luarananya berbeza.
Biar sekuat manapun seorang wanita itu,
dia masih perlukan sokongan insan- insan yang disayangi
untuk dia terus berdiri dan melangkah
mengharungi setiap liku-liku kehidupan...
Seorang wanita itu mengharapkan
dirinya di sambut di saat dia jatuh,
dirinya ditemani di saat dia bersendiri,
dirinya dipujuk di saat dia merajuk,
dirinya difahami saat dia mengadu,
airmatanya disapu saat dia menangis
harapannya ini diharapkan daripada seorang insan yang paling hampir dengannya,
seorang insan yang telah Allah takdirkan menjadi imamnya,
seorang insan yang akan dia lengkapi rusuknya,
seorang insan yang dalam setiap doanya tak pernah putus disebut
Seorang wanita itu,
pabila dia mengasihi,
kasihnya amat mendalam,
kasihnya sepenuh hati,
sukar untuk ditukar ganti.
Seorang wanita itu,
kerana kasihnya yang mendalam,
dalam sujudnya dia hamparkan segala harapan,
dia nukilkan segala isi hatinya,
kepada Pemilik Cinta yang Agung,
Moga si dia yang dikasihi akan memahami,
si dia yang dirindui akan mengerti,
betapa dalamnya kasih ini untuk dirinya...

24 Mei 2012 (3 Rejab 1433H)
Tg Malim