About Me

My photo
"Hanya seorang musafir muda yang mengembara di bumiNya dalam mencari Cinta Yang Hakiki"

Thursday, January 26, 2012

Tanggal 23/1/12: 27 yang bermakna buatku

Alhamdulillah, pada hari ini, 23 Januari 2012, genaplah sudah 27 tahun daku menikmati kehidupan ini. Ku bersyukur kepadaNya atas segala nikmat kurniaan yg telah Allah kurniakan buatku selama ini. Dengan belas ihsanNya, dapat kunikmati setiap anugerah yg telah Dia titipkan buatku.
Buat bondaku yg dikasihi, Hajah Arinawati Bt Ali, terima kasih atas setiap keringat mengandungkanku, melahirkanku, mengasuh & mendidikku. Terima kasih atas setiap titik susu yg telah mengenyangkanku, yang menjadi darah & dagingku. Terima kasih atas segala didikan, bimbingan, nasihat yg selama ini telah mama berikan pada anakmu ini. Terima kasih atas setiap kasih sayangmu, pengorbananmu, penat lelahmu selama ini. Ku bersyukur kerana ku dilahirkan dr rahimmu. Mama, terima kasih atas segalanya. Budimu, jasamu, pengorbananmu selama ini tidak dapat dinilaikan dgn apa sekali pun kerana ianya cukup mahal. Hanya doa yg selalu kutitipkan agar mama sentiasa dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat ayahandaku, Haji Abdul Razak Bin Haji Abdul Karim, terima kasih atas segala pengorbananmu, susah payahmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki utk membesarkanku. Terima kasih atas segala didikan, bimbingan, nasihat & panduan yang tak pernah putus ayah berikan buat anakmu ini. Terima kasih atas segala kasih sayang yg telah ayah curahkan buatku. Setiap kata semangat, setiap kata dorongan yg ayah berikan menjadi penguat semangatku. Terima kasih kerana tak pernah jemu menasihati & mendidikku. Tiada apa yg dapat menukar ganti nilai pengorbanan & Kasih ayah. Hanya doa kutitipkan agar ayah sentiasa dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat guruku, Syeikh Haji Md Radzi bin Haji Hanafi Al-Qadahi, terima kasih kerana menerimaku sebagai anak muridmu. Terima kasih atas segala didikan, bimbingan, nasihat & panduan yg diberikan dalam perjuangan ini juga dalam perjuangan kehidupanku sebagai hambaNya. Moga daku diizinkanNya utk terus bersama dalam meneruskan perjuangan. Kutitipkan doa moga guruku ini sentiasa dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat ahli keluargaku, nenda2, adik2, makcik2, pakcik2, sepupu2, anak2 buah, terima kasih atas segala perhatian & kasih sayang yg telah diberikan buatku selama ini. Kata2 semangat & dorongan kalian membuatku lebih kuat menjalani kehidupan. Moga kalian jua turut dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat para guruku yg telah mendidikku mengenal ABC, 123, AlifBaTa,terima kasih atas segala asuhan & didikan kalian selama ini. Moga para guruku turut dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat keluarga persilatanku, abg2, kakak2, sahabat2, adik2, terima kasih atas segala nasihat, dorongan & semangat yg telah diberikan padaku selama ini. Moga ukhwah kita akan lebih padu dalam kita meneruskan perjuangan kita bersama guru yg dikasihi. Moga kalian turut dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat sahabat2 persekolahan & universiti & tempat kerjaku, terima kasih atas persahabatan yg terjalin selama ini. Moga ia kekal selamanya. Moga kalian turut dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Buat para pelajarku, terima kasih atas segalanya. Kalian telah byk mengajarku utk menjadi seorang pendidik & pembimbing yg baik. Moga kalian juga turut dilimpahi rahmat & barakah dariNya.
Buat insan teristimewa, terima kasih kerana sudi menerimaku seadanya. Terima kasih kerana sudi mengasihiku. Terima kasih kerana sudi membimbingku. Moga kasih kita diizinkanNya bersatu dalam restu & kekal selamanya di dunia & akhirat. Moga diizinkanNya daku menjadi srikandimu di dunia & bidadarimu di syurga. Moga dirimu sentiasa dilindungi, dirahmati & diberkatiNya di dunia & akhirat.
Sesungguhnya, daku adalah insan yg bertuah kerana dikurniakan insan2 yg sangat kukasihi, yg mengasihi & menyayangiku. Moga daku diizinkanNya menjadi insan yg bermanfaat pada diri, keluarga, agama, bangsa & negara... Sesungguhnya Ya Allah, hambaMu ini bersyukur atas segala nikmat, anugerah & kurniaanMu

23 Januari 2012
0211hrs
Kuang

Saturday, January 21, 2012

Monolog Sekeping Hati: Sebuah Penantian, Secebis Pengharapan

Di saat hati itu menanti
akan sinar kebahagiaan,
bertimpa ujian dan dugaan mendatang,
seakan cuba untuk melemahkan
hati yang sedang menanti itu...
Di saat hati itu sedang menanti,
akan hadirnya sinar bahagia,
telah banyak manik-manik jernih berguguran
tersembunyi di sebalik sebuah senyuman yang diukirkan
telah banyak yang dipendamkan hati yang sedang menanti itu
mengharapkan agar sinar bahagia itu akan muncul jua
di hujung jalan penantiannya selama ini...
Sedang hati itu menghitung detik-detik yang berlalu,
tidak putus hati itu menitipkan doa padaNya
andai penantian yang kesekian kali ini
dihujungnya adalah sinar bahagia buat hati
moga hati yang menanti ini tetap tabah mengharungi segala dugaan
biarlah hati yang menanti ini setia dalam penantiannya
biarpun pelbagai ujian datang melanda...
namun, andai penantian ini bakal berakhir dengan sebuah kisah duka untuk kesekian kalinya
hati yang menanti itu berdoa moga hati itu kuat dan tabah mengharunginya
moga hati itu tetap kuat untuk terus mengukirkan senyuman
biarpun hati itu menanggung keperitan
dek kerana luka yang teramat dalam
moga hati yang menanti itu
akan sentiasa redha dengan segala ketentuanNya kerana
hanya Dia yang mengetahui segala rahsia sebuah penantian itu...
Hati yang menanti itu akan setia menanti
apakah pengakiran penantiannya ini...
apakah dalam bahagia ia bertemu
atau dalam luka ia terpisah...
Tenanglah wahai hati,
sabarlah wahai hati,
kuatlah wahai sekeping hati...
Teruskanlah mengukir senyuman, sembunyikanlah tangisan
Biarlah tangisan itu ditangisi sendiri
Biarlah senyuman itu dikongsi
cukuplah hanya Dia yang mengerti...

22 Januari 2012
1426 hr
Tg Malim